1. Latar Belakang Bermula tahun 2005, semua SBP telah melaksanakan Sistem Rumah sepenuhnya. Salah satu aspek penting dalam sistem ini adalah pemarkahan. Bagi memudahkan sekolah-sekolah menentukan markah dan kedudukan semasa rumah-rumah, perisian ISIS yang sedang digunakan di semua SBP akan dinaik taraf untuk tujuan ini. Mesyuarat Pengetua-pengetua SBP di Hotel Heritage, Ipoh pada bulan Mach 2005 telah bersetuju untuk menyeragamkan pemberatan pemarkahan Sistem Rumah di semua SBP. Satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh En Abd Ghafar b Mahmud, KPP Sektor SBP telah diadakan di SMAP Labu pada 26 April 2005 bagi menyelaraskan pemarkahan Sistem Rumah .
2. Objektif Dokumen
2.1 Menyeragamkan format dan pemberatan dalam pemberian markah untuk Sistem Rumah yang kini diamalkan di semua Sekolah Berasrama Penuh.
2.2 Memberi panduan kepada semua SBP mengenai pemberatan yang akan digunakan dalam pemberian markah
3. Prinsip-prinsip yang digunakan dalam menyediakan panduan ini
3.1 Kelarasan 3.2 Menyedari potensi/ bakat murid-murid 3.3 Ke arah pembentukan sahsiah/ akhlak murid-murid 3.4 Berlaku adil kepada semua murid 3.5 Kemampuan pelaksanaan
4. Elemen-elemen yang akan dinilai
4.1 Akademik 4.2 Kokurikulum 4.3 Sahsiah 4.4 3K ( Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan)